? ??????????????Tartan Love? ????? ?? ???Rating: 4.7 (47 Ratings)??3746 Grabs Today. 51497 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Luv? ????? ?? ???Rating: 4.5 (228 Ratings)??3458 Grabs Today. 62895 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????Punk Sk BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, October 26, 2010

Terengganu - Negeri cantik, budaya menarik


BANDAR Warisan Pesisir Pantai adalah terjemahan tepat yang boleh diberi kepada ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu yang memiliki warisan sejarah, hasil kraf dan khazanah alam semula jadi.

Negeri yang tersohor dengan keropok lekor, songket dan sutera serta penyu itu mampu menjadi tempat pelancongan terkenal dunia jika produk dan aset alam semula jadi dipromosi sebaik mungkin.

Tema ‘Negeri Cantik, Budaya Menarik’ yang pernah menjadi sebutan beberapa tahun lalu memang bersesuaian dan bertepatan dengan masyarakat serta keindahan alamnya.

Pulau-pulaunya yang cantik sudah terkenal di peringkat antarabangsa, antaranya Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas.

1. Tasik Kenyir - Tasik terbesar buatan manusia di Asia Tenggara yang dibina untuk menjana kuasa elektrik. Tasik ini seluas 2,600 kilometer persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

2. Pulau Perhentian - Pulau paling menarik di Malaysia. Terdapat dua pulau yang sering dikunjungi pelancong iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Keistimewaan kedua-dua pulau ini ialah pantai yang bersih dan airnya jernih. Mereka yang ingin ke pulau ini boleh menetap di Perhentian Island Resort.

3. Pulau Redang - Pulau paling popular di kalangan peminat skuba kerana kejernihan airnya. Tempat penginapan menarik antaranya Berjaya Redang Beach Resort dan Laguna Redang Island Resort.

4. Kuala Terengganu - Anda boleh membawa keluarga bersiar-siar di Waterfront, membeli-belah barangan batik di Pasar Payang dan menyaksikan pelbagai acara yang disediakan kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Terengganu 2008.

-BaTiK KeiSTiMeWaaN TeReNggaNu-


Batik adalah hasil seni dan kraf yang terkenal terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Perkataan ‘batik’ itu sendiri berasal dari perkataan jawa yang menggabungkan dua perkataan iaitu ‘amba’ yang bermaksud menulis dan ‘titik’.

Di Malaysia, kepentingan batik menjadi ketara sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik sutera dijadikan pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan.

Penghasilan batik menerusi blok

Batik dihasilkan melalui 2 cara yang utama. Cara yang pertama ialah menerusi blok tangan, di mana corak tertentu dilekatkan pada blok dan corak batik dicetak ke atas kain. Penghasilan begini juga digelar ‘printed batik’ atau batik cetak. Sebagai contoh, banyak batik Indonesia adalah dihasilkan menerusi blok.


Penghasilan batik menerusi proses mencanting


Cara kedua ialah menerusi melukis corak batik di atas kain, atau dengan kata lain digelar ‘canting’. Batik Terengganu dari Malaysia terkenal dengan batik canting. Corak yang dihasilkan menerusi proses canting adalah unik untuk setiap kain dan prosesnya agak memakan masa. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal.




Dahulu batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan kini batik juga telah melalui revolusi kontemporari di mana batik dijadikan sebagai elemen penting dalam rekabentuk dan rekahias pakaian fesyen terkini.





Batik juga sangat dikenali di peringkat antarabangsa dimana ia kini sering diketengahkan di dalam peragaan fesyen peringkat antabangsa. Bukan itu sahaja malahan ia telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat negara asing. Semua ini merupakan jasa arwah isteri mantan perdana menteri kita yang kelima iaitu mesra dikenali dengan nama Pak Lah yang semasa hayatnya sangat aktif mengkomersilkan batik di peringkat dunia.


Batik merupakan suatu seni dimana ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan batik yang bermutu tinggi. Ia juga mempunyai pelbagai warna yang menarik serta corak dihias indah di atas sutera yang mampu memikat hati orang yang melihatnya. Corak batik kebanyakannya adalah daripada flora yang dilukis dengan cantik dan teliti oleh pelukis batik.

Monday, October 25, 2010

nisya ke??

ell0w...name saye Hanisya Hanun Mohamad...
juz panggil saye 'nisya'...
*saye di lahirkan pada 11september1992 di hospital besut,terengganu...
*dulu2 saye blaja di skola rendah kebangsaan kuala besut,
dan meneruskan plajaran di skola menengah kebangsaan kuala besut,
skarang saye berada di politeknik sultan mizan zainal abidin...
*saye anak kedua dari 5 org adik bradik..
*perkara yg sgt saye suke ialah:
...menari
...menyanyi
...berkawan
...ketawa..hahahaha...


nisya la nie..


saye nisya..